1News Online:
Home » » Lindsay Lohan Tidak Ada Wang Bayar Rawatan Psikologi

Lindsay Lohan Tidak Ada Wang Bayar Rawatan Psikologi

Thursday, December 20, 2012 | 11:26 PM


AKTRES bermasalah Lindsay Lohan dikatakan memerlukan pakar psikologi bagi mengubati gangguan mental yang dihadapinya.

Menurut laporan portal Contactmusic, pelakon berusia 26 tahun itu telah bersetuju untuk mendapatkan pakar psikologi tetapi tidak mempunyai wang untuk menanggung kos itu.

"Sejak Lindsay keluar masuk penjara, dia telah mengalami sedikit gangguan mental dan dia sangat memerlukan pakar psikiatri untuk merawatnya.

"Bagaimanapun Lindsay tidak berduit lagi seperti dahulu. Dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan tersebut," kata sumber.

Tambah sumber itu, Lindsay memerlukan RM750 hingga RM900 untuk kos rawatan bagi tempoh sejam sahaja.


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger