1News Online:
Home » , , » Liverpool bersedia bawa Sturridge, Tom Ince

Liverpool bersedia bawa Sturridge, Tom Ince

Thursday, December 13, 2012 | 8:46 AM

LONDON - Liverpool bersedia menjadikan penyerang Chelsea, Daniel Sturridge sebagai pemain mereka dengan yuran perpindahan 12 juta pound (RM59 juta).

Pengurusnya, Brendan Rodgers juga penuh yakin The Kop mampu menambah seorang lagi rekrut, Tom Ince dari Blackpool dengan harga enam juta pound (RM29.5 juta).

Anak kepada legenda England, Paul Ince itu sebenarnya adalah bekas pemain remaja Liverpool yang meninggalkan Anfield 18 bulan lalu, ketika itu pada yuran hanya 250,000 pound (RM1.23 juta).

Rundingan untuk mendapatkan dua pemain tersebut sudah mencapai peringkat lanjut dan Rodgers terdesak untuk melengkapkan urusan perpindahan berganda itu secepat mungkin apabila tempoh perpindahan pemain dibuka bulan depan.

Sturridge, 23, berminat untuk berpindah ke Anfield kerana kurang gembira di Chelsea kerana sering diturunkan pada posisi sayap, sedangkan dia lebih berkesan sebagai penyerang tengah.

Rodgers yang ketandusan pilihan penyerang juga mengintai kelibat penggempur Celtic, Georgias Samaras. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger