1News Online:
Home » , , » Liverpool bimbang Chelsea, United ambil Walcott

Liverpool bimbang Chelsea, United ambil Walcott

Saturday, December 15, 2012 | 10:34 AM

LONDON - Bintang sayap Arsenal, Theo Walcott bakal dijual bulan depan dan Liverpool bimbang pemain yang menjadi pujaan mereka itu akan disambar oleh Chelsea atau Manchester United.

Reds mengakui, mereka mungkin tewas dalam persaingan untuk mendapatkan Walcott kepada Blues dan United yang turut menunjukkan minat terhadap pemain antarabangsa England itu.

Juara Eropah, Chelsea merupakan pesaing terbesar untuk memiliki Walcott apabila pasaran perpindahan pemain dibuka pada Januari nanti.

Walcott yang merupakan peminat setia Liverpool terpaksa menerima hakikat, seandainya kelab pujaannya itu gagal bersaing di pentas Liga Juara-Juara Eropah musim depan, bermakna mereka tidak akan memenangi saingan untuk mendapatkan tandatangannya.

Kontrak Walcott bersama Gunners hanya tinggal enam bulan dan ketika ini dia hampir pasti tidak akan menandatangani kontrak baru selepas beberapa rundingan yang dijalankan menemui kegagalan.

Ketika pengurus Arsenal, Arsene Wenger sudah penat dengan situasi yang telah lama berlarutan, Walcott, yang kini mengalami kecederaan bahu bebas untuk memilih pasukan baru pada tahun baru nanti.

United menyuarakan minat terhadap Walcott pada awal minggu ini, namun pengurus Chelsea, Rafael Benitez mengorak langkah lebih pantas apabila mengemukakan tawaran 15 juta pound (RM58.5 juta) untuk pemain berusia 23 tahun itu.

Benitez sudah lama mengagumi Walcott dan pernah beberapa kali berusaha membawa pemain itu ke Liverpool ketika menjadi pengurus Reds.

Walaupun dia mempunyai pengaruh yang amat kecil dalam polisi perpindahan kelab London itu, namun Benitez akan berusaha meyakinkan pengurusan pasukan agar meluluskan perjanjiannya kali ini.

Wenger pula harus segera membuat keputusan sama ada masih mahu mengekalkan Walcott atau bersedia melepaskan pemain itu, yang berulang kali menegaskan, dia mahu diberi peranan sebagai penyerang tengah kelab London itu. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger