1News Online:
Home » , , » Liverpool Menang Walaupun Tiada Suarez

Liverpool Menang Walaupun Tiada Suarez

Monday, December 10, 2012 | 9:54 AM

Liverpool telah membuktikan yang mereka mampu menang walaupun tiada Luis Suarez dengan kemenangan 3-2 ke atas West Ham.

Pemain antarabangsa Uruguay Suarez telah digantung untuk perlawanan ini tetapi pasukan Reds masih mampu menjaringkan dua gol lewat untuk menjamin kemenangan ke atas West Ham.

Bekas pemain Hammers Glen Johnson membuka tirai untuk pasukan pelawat sebelum Mark Noble menyempurnakan penalti. Steven Gerrard telah membolos gawang sendiri sebelum masa rehat.

Pemain gantian dan satu lagi bekas pemain West Ham Joe Cole menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua sebelum gol sendiri James Collins menghadiahkan Liverpool gol terakhir.

Gerrard telah kembali dalam kesebelasan utama setelah sembuh dari demam dan telah membuat percubaan pertama hasil usaha Jonjo Shelvey yang bermain sebagai penyerang utama.

West Ham menguasai perlawanan dan Mohamed Diame bertindak dengan percubaan dari rakan sepasukan Carlton Cole tetapi ia tersasar.

Matt Jarvis telah mengancam benteng pertahanan Liverpool dari sayap kiri tetapi gagal menjalankan tugas mempertahankan zon sendiri.

Gerrard telah memberi bola kepada Johnson dan pemain antarabangsa England itu telah memecut lepas Jarvis sebelum melepaskan rembatan kencang yang membolos gawang Jussi Jasskelainen.

Johnson tidak meraikan gol beliau sebagai tanda penghormatan kepada kelab lama beliau.

Raheem Sterling mensia-siakan dua peluang keemasan apabila menerima bola dari Gerrard. Johnson memecut sekali lagi lepas Jarvis dan percubaan kedua Sterling melambung tinggi.

West Ham mula meningkatkan perlawanan dan melancarkan serangan bertubi-tubi. Tendangan percuma West Ham telah disepak oleh Guy Demel tetapi ia terkena tangan Joe Allen dan pengadil memberi penalti yang disempurnakan oleh Noble dengan senang.

West Ham teruskan tekanan dan dihadiahkan penalti lewat dalam babak pertama. Noble menghantar tendangan percuma kepada Jarvis dan pemain yang berusia 26 tahun itu menyepak bola ke dalam kotak Liverpool tetapi tertanduk bola ke dalam gawang sendiri.

Rentak babak kedua kurang pantas dan kedua-dua penjaga gol tidak diuji hingga minit ke 70 apabila Brendan Rodgers menggantikan Lucas untuk Jordan Henderson.

Sterling telah memberi bola kepada Joe Cole yang terus menyepaknya masuk dan menyamakan kedudukan dan seperti Glen Johnson beliau enggan meraikannya.

12 minit sebelum masa tamat, Henderson memberi hantaran baik yang Shelvey cuba mengawal dan Collins terpesongnya masuk ke dalam gawang sendiri untuk menamatkan persaingan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger