1News Online:
Home » , , » Loic Remy Calon Terbaik ganti Demba Ba di Newcastle

Loic Remy Calon Terbaik ganti Demba Ba di Newcastle

Wednesday, December 19, 2012 | 4:28 PM


Seperti diberitakan Sky Sports, penyerang Marseille, Loic Remy, dikabarkan meminati tawaran berpindah ke Premier League dan bersama dengan Newcastle United.

Pemain berusia 25 tahun ini muncul sebagai pilihan realistik The Magpies sebagai penganti Demba Ba yang dikhabarkan akan berpindah kelab pada Januari akan datang. Harga Ba dinilai mencapai 7.5 juta euro.

Newcastle berharap Ba akan menandatangani kontrak baru, tetapi mereka harus bersedia jika ditinggalkan oleh Ba. The Magpies meminati Remy sebagai calon sesuai mengganti pemain berasal Senegal.

Newcastle sendiri sudah memiliki beberapa pemain berasal francis yang kuat dan diyakini membuatkan Remy tertarik untuk bersama.

"Mereka (Newcastle) adalah pasukan yang sangat bagus," kata Remy di Sky Sports.

"Newcastle adalah pasukan besar dengan pemain yang bagus, peminat sentiasa memenuhi stadium."

Khabar yang menyebut bahawa Newcastle sudah melakukan perbincaangan dengan Marseille berkaitan perpindahan Remy di tolak oleh pemain asal Francis itu. Dia mengaku tidak tahu tentang perkara itu.

"Pintu perpindahan dibuka pada Januari dan ada spekulasi dari sekarang sehingga pintu perpindahan ditutup, jika saya terpaksa pergi maka semua pihak harus berpuas hati," tambah Remy.

"Saya masih memiliki kontrak dengan Marseille jadi mari kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi," kata Remy.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger