1News Online:
Home » , , » Man. City Tak Minat Mourinho

Man. City Tak Minat Mourinho

Friday, December 7, 2012 | 10:54 AM


MANCHESTER - Manchester City tidak akan mendapatkan khidmat bos Real Madrid, Jose Mourinho sebagai pengurus walaupun jika Roberto Mancini dipecat.

Kegagalan dalam kancah Eropah mengakibatkan kedudukan Mancini terancam, namun City tiada rancangan untuk melantik The Special One sebagai pengganti, meskipun kemungkinan besar dia bakal meninggalkan Real pada hujung musim ini.

Ketua Eksekutif City, Ferran Soriano dan pengarah kesukanan, Txiki Begiristain memilih untuk tidak mengambil Mourinho sebagai bos Barcelona pada 2008 ketika mereka bekerja untuk kelab gergasi Catalan itu.

Ini kerana selepas bersemuka dengan Mourinho dalam sesi temuduga, pasangan pentadbir itu beranggapan sikap agresif bekas pengurus Chelsea itu tidak bersesuaian dengan pendekatan Barcelona, lalu melantik Pep Guardiola.

Keputusan itu terbukti tepat dengan pulangan 14 trofi sepanjang empat tahun di bawah bimbingan bekas pemain Barca itu.

Jadi Guardiola patut menjadi sasaran utama City, bukannya Mourinho, jika Mancini gagal menjuarai Liga Perdana musim ini dan pemilik kelab merasakan ada perlunya untuk menukar pengurusan. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger