1News Online:
Home » , , » Mancini Berkeras Tak Akan Jual Balotelli

Mancini Berkeras Tak Akan Jual Balotelli

Tuesday, December 11, 2012 | 11:16 AM


Roberto Mancini berkeras tak akan menjual Mario Balotelli pada jendela perpindahan Januari akan datang, meskipun keduanya sering terlibat pergaduhan. Dia yakin pemain asal Itali itu masih boleh meningkat di Manchester City.

Hubungan Roberto Mancini dan Mario Balotelli kembali panas sejak kejadian pada perlawanan derby menentang Manchester United. Dalam perlawanan yang berlangsung di Etihad Stadium itu, Super Mario nampak geram kerana digantikan dengan Carlos Tevez pada babak kedua.

Meskipun demikian, Mancini masih boleh bersabar menghadapi tingkah laku Balotelli. Dia akan tetap menunggu pemain itu sehingga pretasinya meningkat naik.

"Kami menunggu Balotelli dengan bakat yang dimilikinya. Itulah alasan mengapa dia tidak akan dijual," kata Mancini seperti di beritahu Daily Mail.

Balotelli kerap diisukan bakal berpindah dari The Citizens, beberapa kelabs Serie A bersiap menawarkan tawaran. Kelab yang berminat Juventus, AC Milan, dan Internazionale. Ada juga tawaran dari kelab kaya raya berasal dari Francis, Paris Saint-Germain juga berminat.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger