1News Online:
Home » , , » Mancini mendakwa pasukannya menjadi mangsa pengadil

Mancini mendakwa pasukannya menjadi mangsa pengadil

Monday, December 31, 2012 | 7:47 AM




NORWICH – Pengendali Manchester City, Roberto Mancini (gambar kecil) mendakwa pasukannya telah menjadi mangsa pengadil perlawanan selepas Samir Nasri diperintah keluar ketika aksi menentang Norwich City dalam saingan Liga Perdana England di Carrow Road kelmarin.

Mancini jelas tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil, Mike Jones yang melayangkan kad merah kepada Nasri yang bertengkar dengan tonggak pertahanan Norwich, Sebastien Bassong pada saingan yang menyaksikan City menang 4-3.

Nasri bertindak demikian selepas berang dengan tindakan Bassong yang melakukan terjahan keras terhadapnya sebelum itu.

“Kedua-dua pemain itu (Nasri dan Bassong) berlaga kepala serentak, jadi jika kamu (pengadil) mahu melayangkan kad merah, sepatutnya kedua-dua pemain dikenakan tindakan yang sama, bukannya seorang sahaja.

“Pembantu pengadil juga bertanggungjawab, ia bukanlah keputusan yang baik tetapi luar biasa.

“Jika kamu mengarahkan mereka berdua keluar padang saya boleh terima. Pengadil berada di situ, dia melihat semuanya.

“Pembantu pengadil pula berada di belakang pemain, namun dia tidak melihatnya. Sudah pasti, kami akan kemukakan rayuan,” tegas Mancini.

Ekoran kad merah yang diterima Nasri, City akan mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak (FA) England dalam masa terdekat.

Pada masa sama, Mancini mengakui Nasri perlu menyalahkan diri sendiri atas sikapnya yang terlalu marah kepada Bassong.

“Saya terkejut dengan tindakan Nasri, dia perlu membayar atas hukumannya itu tetapi keputusan pengadil perlawanan adalah tidak tepat.

“Ya, Nasri melakukan kesalahan tetapi selepas itu kenapa pemain lain yang melakukan kesalahan sama tidak diarahkan keluar padang?

“Terdapat dua undang-undang untuk pasukan yang berbeza dan inilah saya benci dalam bola sepak dan saya tidak boleh menerimanya.

“Dalam hidup, hanya terdapat satu undang-undang bagi setiap orang. Musim ini, saya telah melihat banyak perkara yang agak kurang baik,” jelas Manchini. – AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger