1News Online:
Home » , , » Mancini salahkan Nasri, Balotelli sebab kalah

Mancini salahkan Nasri, Balotelli sebab kalah

Tuesday, December 11, 2012 | 10:00 AM

MANCHESTER - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini menuding jari kepada Samir Nasri dan Mario Balotelli selepas kalah 2-3 kepada Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Ini merupakan kekalahan pertama City musim ini menerusi jaringan masa kecederaan Robin van Persie di Stadium Etihad.

Van Persie menyudahkan sepakan bebas pada minit ke-92 untuk United pulang dengan tiga mata, menafikan kebangkitan yang cuba dilakukan City yang mengikat kedudukan 2-2 selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama.

Tendangan Van Persie terkena Nasri, yang tidak bersungguh-sungguh menampan bola.

Balotelli pula terus memasuki bilik persalinan selepas dikeluarkan pada minit ke-52 untuk diganti dengan Carloz Tevez.

Mancini juga tidak faham mengapa Tevez yang pada mulanya turut membentuk tembok pemain ketika Van Persie bersedia mengambil sepakan tiba-tiba meninggalkan posisi. Dia menegaskan tidak mengeluarkan arahan kepada penyerang Argentina itu supaya bergerak.

"Ia sepakan percuma yang sangat bahaya. Saya tidak tahu mengapa (Tevez meninggalkan tembok pemain) tetapi kami melakukan kesilapan di situ,'' kata Mancini.

Ketiadaan Tevez meninggalkan hanya tiga pemain berdepan tendangan Van Persie, dan Mancini berkata, reaksi Nasri yang tidak bersungguh-sungguh menahan bola, cukup mengecewakan. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger