1News Online:
Home » » Mazidul Akmal Sidik Guna Video Palsu Untuk Laporan Majalah 3?

Mazidul Akmal Sidik Guna Video Palsu Untuk Laporan Majalah 3?

Wednesday, December 12, 2012 | 12:57 AM


Walaupun ini bukan satu hiburan secara langsung, masyarakat harus tahu jika sesuatu laporan itu telah di’sampaikan secara salah — supaya tidak terbabas.

Niat Mazidul Akmal Sidik untuk menyedarkan para pengguna jalanraya tentang pentingnya memandu secara berhati hati itu murni, tetapi janganlah sampai berbohong.

Dalam edisi terbaru Majalah 3 Sabtu lalu, Mazidul Akmal Sidik telah di’dakwa menggunakan satu video lakonan semula tanpa memaklumkan kepada penonton program tersebut.

Malah, nada laporan beliau ketika itu juga seakan memberikan gambaran lakon semula oleh penunggang professional itu memang terjadi & ini menyinggung mereka yang terlibat.

Peminat sukan motorsikal di beberapa forum berkaitan juga menyelar tindakan Mazidul Akmal Sidik ini yang di’anggap tidak selari dengan kod juga etika kewartawanan.

Anda boleh tonton video sedutan laporan Mazidul Akmal Sidik untuk Majalah 3 selepas ini — sambil itu, ambil mesej yang positif, berhati hati akan AES ketika memandu. Heh.


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger