1News Online:
Home » , , » Menang atau tinggalkan Liverpool - Rodgers

Menang atau tinggalkan Liverpool - Rodgers

Sunday, December 30, 2012 | 8:32 AM




LONDON - Brendan Rodgers memberi amaran kepada pemain bertaraf bintang dalam pasukannya bahawa mereka bakal disingkir kecuali mereka konsisten dalam mencatatkan kemenangan.

Bos Liverpool itu sudah lama bersabar terhadap pemainnya walaupun memulakan karier pengurusan di Anfield dengan penuh kekecewaan.

Kini terdapat tanda-tanda bahawa dia sudah bersedia untuk menghadapi musim 2013 dengan menyingkirkan pemain yang terus tidak konsisten.

Ternyata kekalahan kepada Aston Villa dan Stoke baru-baru ini menguji kesabarannya.

Rodgers, di mana skuadnya kini menduduki pertengahan liga yang akan menentang QPR hari ini, memberi petunjuk bahawa dia akan menyingkirkan mana-mana pemain yang mengecewakan beliau.

Katanya: “Apabila anda beraksi di kelab seperti ini, sudah pasti ada beberapa syarat yang perlu anda perlu capai.

“Ia bukan sahaja tuntutan kepada teknikal dan taktikal sahaja. Anda tidak boleh beraksi baik hari ini dan beberapa hari kemudian permainan anda buruk.

“Ini adalah Liverpool. Di sini setiap perlawanan adalah hidup anda, sebab itu anda berada di kelab yang besar ini.

“Kami mahu terus bertambah maju tetapi agak malang kerana kami berada pada kedudukan sekarang, jadi perkembangan kami perlahan berbanding pasukan lain.

“Bola sepak bukan seperti sukan lain di mana anda cuma perlu katakan sesuatu kepada seseorang dan tunjukkan pintu keluar, maka dia akan pergi.

“Kelab membayar pemain dengan gaji yang tinggi.

“Kedudukan kami dalam liga tidak menipu. Kami membuktikan kepada pasukan lain bahawa kami boleh bersaing, tetapi ia perlu konsisten," katanya. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger