1News Online:
Home » , » Menjadi Pengurus QPR, Redknapp Susah Tidur

Menjadi Pengurus QPR, Redknapp Susah Tidur

Wednesday, December 12, 2012 | 12:54 PM


London - Melakukan pekerjaan sebagai pengurus Queens Park Rangers diakui tidak mudah bagi Harry Redknapp. Terlalu banyak perkara yang difikirkan membuatkan Redknapp sampai tidak boleh tidur.

Setelah beberapa bulan menganggur sejak tidak menguruskan Tottenham Hotspur, Redknapp kembali lagi sebagai pengurus. Dia dilantik menjadi pengurus baru QPR pada akhir November lalu dengan menggantikan Mark Hughes yang dipecat.

Masa Redknapp dilantik menjadi pengurus, QPR sedang barada di carta terakhir Premier League. Mereka belum pernah meraih kemenangan.

Setelah memimpin QPR pada tiga perlawanan, Redknapp belum juga mampu memberi kemenangan untuk Julio Cesar dll. Tiga perlawanan Redknapp bersama QPR semuanya berakhir seri.

Hinga kini, QPR belum juga mencapai kemenangan. Redknapp mengaku sampai susah tidur kerana memikirkan bagaimana untuk menaikkan QPR masa ini.

"Ada yang mengganggu fikiran saya dan tidak mudah untuk tidur. Saya tidur dengan sangat baik dua minggu lalu sampai saya kembali bekerja semula." ungkap Redknapp seperti diambil di Sportsmole.

"Anda berfikir apa yang boleh anda lakukan, bagaimana anda boleh meningkatkannya, pasukan seperti apa yang terbaik, siapa boleh bermain? Ini adalah pekerjaan yang berat," katanya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger