1News Online:
Home » » Messi kekal bersama Barcelona

Messi kekal bersama Barcelona

Saturday, December 29, 2012 | 7:38 AM


MADRID - Lionel Messi dilaporkan menolak tawaran gaji lumayan berjumlah £24 juta (RM118 juta) setahun semata-mata mahu kekal bersama Barcelona.

Peledak berbisa Argentina itu diintai kelab mewah Rusia, Anzhi Makhachkala sebelum dia membuat keputusan kekal di Stadium Nou Camp dengan melanjutkan kontraknya bulan lalu.

Difahamkan, Anzhi sanggup menebus pelepasan kontrak bernilai £205 juta (RM1.01 bilion) dari Barcelona bagi mendapatkan khidmat Messi.

Menurut satu sumber, Anzhi juga sanggup menawarkan gaji bersih berjumlah £460,000 (RM2.2 juta) seminggu kepada Messi.

Meskipun Barcelona pada mulanya tertarik untuk menerima tawaran itu, Messi akhirnya menolak perpindahan tersebut.

Dia membuat keputusan itu selepas mengadakan perbincangan bersama pemilik kelab, Sandro Rosell dan juga ahli keluarganya.

Messi membuat keputusan itu kerana menganggap suasana di Sepanyol lebih sesuai buat tunangnya, Antonella untuk membesarkan anak lelakinya, Thiago.

Justeru, pemenang Anugerah Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali itu akhirnya melanjutkan kontrak di Stadium Nou Camp sehingga 2018.

Begitupun, ejen Messi dan Barcelona enggan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Jika perpindahan itu menjadi kenyataan, sudah tentu ia bakal menjadi rekod perpindahan pemain yang paling tinggi di dunia.

Ketika ini, rekod perpindahan tertinggi masih dipegang penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang dibeli dengan harga £80juta (RM395 juta) dari Manchester United pada 2009. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger