1News Online:
Home » , » Michu: Kemenangan seperti keajaiban

Michu: Kemenangan seperti keajaiban

Monday, December 3, 2012 | 6:35 PM

Wira Swansea, Michu yang baru menolong pasukan menewaskan Arsenal dengan dua jaringan gol, telah menyifatkan kemenangan itu seperti sebuah keajaiban.


Swansea berjaya menguasai Arsenal dan menang lewat melalui dua jaringan gol oleh Michu pada minit ke 88 dan yang kedua dalam minit pertama pada masa kecederaan.

Bekas pemain tengah Rayo Vallecano itu meluahkan kebahagiaan beliau terhadap keputusan yang telah membawa mereka ke tempat ketujuh, terikat sama mata bersama Everton yang sedang berada di tempat ke enam.

"Ia seperti sebuah keajaiban," beliau memberitahu laman web rasmi Swansea,"Kubu pertahanan amat baik dan dalam segi serangan, kami telah melakukan sebanyak 12 percubaan jadi prestasi seluruh pasukan memuaskan.

"Pengurus menyatakan bahawa kami menyerlah dalam babak pertama menentang West Brom dan mampu menonjolkan persembahan yang sama di Arsenal lalu kami telah melakukan sedemikian."
Beliau turut memberikan kredit kepada rakan sepasukan untuk usaha mereka dalam kededua jaringan gol.

"Ia merupakan hantaran dari Luke (Moore) untuk gol pertama dan Nathan (Dyer) yang telah banyak berusaha untuk yang kedua.

"Saya gembira dapat memanfaatkan peluang dan beraksi bersama-sama rakan sepasukan dan kelab. Saya mengharapkan prestasi kami akan kekal sebegini."

Pemain yang berusia 26 tahun itu yang telah menjaringkan gol dalam setiap tiga kemenangan sebelum itu, yakin bahawa mereka mampu meningkatkan kedudukan.

"Pasukan Swans mampu meningkat," beliau menambah.

"Saya gembira dapat merangkul 23 mata tetapi kami harus kerap berjuang. Kami akan terus bekerja keras dan jika kami tidak, kami tentu akan dikalahkan.

"Kami masih mempunyai beberapa perlawanan akan datang jadi ia penting untuk kami mengekalkan prestasi yang telah ditonjolkan baru-baru ini."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger