1News Online:
Home » , , » Nani akan ganti tempat Walcott

Nani akan ganti tempat Walcott

Wednesday, December 12, 2012 | 4:49 AM


LONDON - Pemain sayap Manchester United, Nani (gambar) muncul sebagai sasaran perpindahan mengejut bernilai 20 juta pound (RM98.5 juta) untuk Arsenal.

Nani masih belum mencapai persetujuan kontrak baharu bersama United dan mungkin terdorong untuk meninggalkan Old Trafford bulan depan.

Arsenal terdesak mencari pemain sayap berwibawa untuk menggantikan tempat Theo Walcott, yang masih belum memutuskan hala tujunya di Emirates.

United dijangka meletakkan harga permintaan lebih tinggi daripada 14 juta pound (RM68.9 juta) yang dibayar mereka kepada Sporting Lisbon pada 2007.

Nani, 26, yang sedang direhatkan kerana kecederaan hamstring, masih mempunyai baki 18 bulan dalam kontrak semasanya.

Bintang Portugal itu yang kini menikmati gaji 90,000 pound (RM443,000) seminggu menuntut kenaikan sehingga 130,000 pound (RM640,000) semasa rundingan kontrak baharu, namun syarat itu enggan dipenuhi United.

Bos Arsenal, Arsene Wenger diberi tekanan oleh pihak kelab dan peminat supaya membelanjakan dana yang diperuntukkan bagi memperkuatkan skuad Gunners yang dilihat tidak cukup bagus untuk bersaing dengan musuh-musuhnya.

Ketika Arsenal enggan melayan pemintaan Walcott iaitu 80,000 pound seminggu, dua rakan sepasukan, Andrey Arshavin dan Lukas Podolski menikmati habuan 10,000 pound lebih tinggi daripada bintang pemain sayap itu. - AGENSI



Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger