1News Online:
Home » , , » Nasri Dikritik Teruk oleh Gary Neville

Nasri Dikritik Teruk oleh Gary Neville

Thursday, December 13, 2012 | 11:32 AM


Salah satu pertahanan kanan lagenda Inggris, Gary Neville, mengkritik penampilan Samir Nasri semasa membantu Manchester City dalam pertembungan dua Derby Manchester. Dia menilai pemain tengah berasal Francis itu bermain teruk.

Samir Nasri menjadi pemain utama semasa City menentang Manchester United di Etihad Stadium. Akan tetapi, dia tidak mampu membantu pasukannya dengan kekalahan 2-3.

Gary Neville sama sekali tidak tertarik dengan pretasi Nasri. Bahkan dia menganggap Nasri sebagai satu-satunya pemain City yang tampil buruk dalam perlawanan Derby Manchester.

"Ada pemain lain yang seharusnya dibawa keluar dari padang sebelum Mario Balotelli. Dia adalah satu-satunya pemain yang mengecewakan perlawanan besar untuk City, dan pemain itu adalah Samir Nasri," kata Neville seperti diberitakan Daily Mail.

"Bagi saya, dia tidak menjalankan tugas dengan baik. Ketika mereka bermain dengan David Silva dan Nasri, anda mengharapkan kecemerlangan Silva dan anda memerlukan orang yang lebih bagus pada posisi lain."

"Saya bermain menentang Nasri tiga atau empat tahun lalu di Stadium Emirates dan dia menyusahkan saya selama 60 minit. Kemudian saya digantikan kerana dia benar-benar membuatkan saya tidak boleh menjaganya," kata bekas pertahanan kanan Red Devils.

Akibat kekalahan di tempat sendiri, The Citizens gagal menghampiri United di tangga teratas Premier League. Kini mereka ketinggalan enam mata dengan jiran tetangga.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger