1News Online:
Home » , , » Nemanja Vidic Bersedia Turun Menentang Sunderland

Nemanja Vidic Bersedia Turun Menentang Sunderland

Wednesday, December 12, 2012 | 2:33 PM


Setelah dihambat kecederaan lutut yang sangat lama, Nemanja Vidic boleh kembali memperkuat skuad Manchester United. Pertahanan kental berasal Serbia itu akan turun dalam perlawanan  menentang Sunderland pada perlawanan ke-17 Premier League.

Nemanja Vidic tidak bermain membantu United sejak September lalu setelah menjalani  pembedahan penyembuhan lutut. Jangkaan awal menyebutkan bahawa dia akan diketipakan sehingga Januari 2013, namun ternyata keaadan dia pulih dengan sangat cepat.

Meskipun telah pulih dari kecederaan, United belum berani menurunkan Vidic dalam perlawanan derby menentang Manchester City pada 9 Desember lalu. Akan tetapi, sekarang mereka sudah yakin untuk menurunkan Vidic.

"Tidak masuk akal jika menurunkan Vidic pada perlawanan menentang City. Namun, untuk perlawanan menentang Sunderland, dia pasti boleh," kata pengurus The Red Devils, Sir Alex Ferguson, seperti diberitakan The Sun.

"Menjadi satu bonus besar untuk memiliki Vidic kembali," imbuhnya. Katanya

Selama dia cedera, posisi Vidic digantikan dengan Jonny Evans. Baru-baru ini Chris Smalling juga sudah mula mengisi pertahanan belakang selepas pulih dari kecederaan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger