1News Online:
Home » , , » Nuri Sahin akui masih kekok

Nuri Sahin akui masih kekok

Thursday, December 13, 2012 | 12:30 PM

Pemain Liverpool, Nuri Sahin mengakui bahawa beliau masih kaku dengan beberapa taktik yang digunakan oleh pasukan Liga Perdana yang lain.

Bekas pemain bintang dalam pasukan juara Bundesliga Borrusia Dortmund, Nuri Sahin telah berpindah ke Sepanyol pada tahun lalu namun tidak menyertai kesebelasan pasukan Real Madrid dan hanya diturunkan untuk beberapa kali dalam saingan La Liga.

Beliau turut membuat penampilan pertama dalam bola sepak Inggeris setelah meninggalkan Santiago Bernabeu sebagai pemain pinjaman di Liverpool pada musim panas.

Beliau mengakui kepada laman web rasmi Liverpool bahawa beliau dikejutkan dengan pembezaan taktik apabila bertemu pasukan seperti Everton dan Stoke.

"Ia merupakan liga yang sengit dan setiap pasukan mempunyai gaya tersendiri. Saya tidak pernah bermain dalam perlawanan menentang Stoke dan Everton sebelum itu," Sahin berkata.
"Setiap pasukan mempunyai gaya tersendiri dan perkara seperti ini masih baru untuk saya. Sudah tentu, ia telah mengejutkan saya."

Pemain antarabangsa Turki itu telah menjaringkan dua gol pada musim ini tetapi Sahin mendedahkan bahawa beliau lebih fokus untuk membantu pengurus Reds, Brendan Rodgers untuk mencari gaya permainan yang sesuai untuk kelab.

"Ia tampil hebat jika saya dapat menjaringkan gol tetapi saya merasakan bahawa ia lebih penting untuk pasukan jika kami dapat mengawal perlawanan, memberikan hantaran dengan baik dan mengukuhkan pasukan. Perkara seperti lebih penting bagi saya dari menjaringkan gol dan digelarkan wira." Sahin menambah.

"Kami telah berjuang sebagai satu pasukan dan ia adalah sesuatu yang tidak didapati dalam pasukan lain. Saya telah ke sini dan pengurus telah memberikan arahan tentang gaya permainan dan saya berpendapat bahawa ia amat penting bagi seorang pemain untuk menyesuaikan diri dengan cepat.
"Saya amat selesa dengan gaya permainan yang ditujukan oleh Brendan."

Pengurus Liverpool itu juga telah meletakkan Sahin di beberapa posisi di tengah padang tetapi pemain yang berusia 24 tahun itu mengakui bahawa beliau lebih suka bermain di depan.

Liverpool akan menerima kunjungan Aston Villa di Anfield untuk pertemuan Liga Perdana pada Sabtu ini.

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger