JOHOR
BAHRU - Berpantang maut sebelum ajal.
Itu
yang berlaku kepada seorang juruwang di sebuah kafe siber, Lew Wek Shu, 37,
yang terselamat walaupun terkena empat das tembakan ketika cuba meleraikan
pergaduhan dua kumpulan lelaki di Jalan Johar 4, Taman Desa Cemerlang di sini
kelmarin.
Menceritakan
semula kejadian pukul 10.15 malam itu, Wek Shu berkata, ketika itu dia yang
sedang bekerja telah mendengar satu pertengkaran di tepi jalan berdekatan
dengan premis tempatnya bekerja.
Tidak
tahan mendengar pertengkaran tersebut yang berlarutan hampir setengah jam, dia
memberanikan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertikaian
tersebut.
Bagaimanapun,
niat baik lelaki tersebut tidak disenangi apabila dia dimarahi dan dihamburkan
dengan kata-kata yang tidak sedap didengar.
"Disebabkan
tak mahu panjangkan cerita, saya terus beredar dan tanpa saya sangka salah
seorang ahli kumpulan itu melepaskan tembakan dan terkena di bahagian belakang
badan saya.
"Seingat
saya, selepas itu beberapa das tembakan dilepaskan lagi dan entah dari mana
kekuatan saya dapat, saya berlari dan sempat duduk di kerusi.
"Ketika
itu, saya lihat badan saya mula berlumuran darah dan anggota badan saya mula
rasa sangat sakit sebelum saya jatuh pengsan," katanya ketika ditemui di
Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Johor (HPJ) di sini semalam.
Empat
tembakan terkena bahu kanan dan kiri, dada selain di bahagian belakang badan
Wek Shu sementara lengannya mengalami sedikit kecederaan.
Post a Comment