PEMAIN tengah Chelsea, John Obi Mikel dikenakan hukuman
gantung tiga perlawanan dan denda £60.000 (RM 293,5078) oleh Persatuan Bola
Sepak Inggeris (FA) ekoran mengeluarkan
kata-kata kesat ke atas pengadil perlawanan yang mencetuskan kontroversi dengan
Manchester United (MU), Oktober lalu.
Dalam satu kenyataan FA, wakilnya berkata: “Mikel diberi
hukuman penggantungan tiga perlawanan berkuat kuasa serta-merta dan denda
£60.000 juta (RM 294 juta) oleh Suruhanjaya Bebas Peraturan."
"Mikel sendiri turut mengakui bahawa beliau ada
menggunakan kata-kata ugutan dan penghinaan ketika dalam bilik persalinan
apabila perlawanan tamat di Stamford Bridge pada 28 Oktober lalu,"
katanya.
Sebelum ini, perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 3-2
MU ke atas Chelsea itu mencetuskan dakwaan terhadap pengadil, Mark Clattenburg
sebagai berbaur perkauman terhadap Mikel.
Namun bulan lalu, FA mengesahkan bahawa Clattenburg didapati
tidak bersalah atas tuduhan membuat keyataan rasis ke atas Mikel sekali gus
beliau bebas daripada semua tuduhan.
Dalam pada itu, kesatuan yang mewakili pengadil tersebut
bagaimanapun melahirkan rasa kekecewaan apabila hukuman yang dikenakan ke atas
pemain itu terlalu lembut.
"Kecewa, hukuman yang dikenakan oleh FA kepada Mikel
terlalu lembut dan tidak memadai," jelasnya.
Post a Comment