1News Online:
Home » , , » Pemain tengah AC Milan mahu Balotelli di Milan

Pemain tengah AC Milan mahu Balotelli di Milan

Tuesday, December 11, 2012 | 5:41 PM

Pemain tengah AC Milan, Antonio Nocerino mengharapkan bahawa penyerang Manchester City itu akan menyertai Rossoneri pada masa akan datang.

Balotelli dikaitkan dengan perpindahan dari City baru-baru ini dengan beberapa laporan mencetuskan bahawa pengurus Roberto Mancini telah kehilangan sabar dengan penyerang itu dan Milan merupakan pasukan yang mungkin disertai sekiranya pemain yang berusia 22 tahun itu meninggalkan kelab.

Bekas pemain Inter Milan meragukan tempat beliau dalam kelab setelah persembahan yang kurang memuaskan dalam kekalahan 3-2 menentang musuh saingan, Manchester United pada hari Ahad dan telah memberikan reaksi negatif apabila digantikan.

Milan yang sedang menghadapi cabaran sukar pada musim ini setelah pemergian kededua pemain bintang, Zlatan Ibrahimovic dan Thiago Silva pada musim panas, pasukan Rossoneri mampu membeli lagi satu penyerang berkualiti seperti Balotelli dalam pasukan untuk digandingkan bersama Stephan El Shaarawy di kubu serangan.

Nocerio turut menasihatkan Balotelli untuk berpindah ke Milan dan menyatakan bahawa pemain antarabangsa Itali akan menyerlah jika diberikan peluang untuk berganding bersama El Shaarawy.

"Gandingan El Shaarawy-Balotelli mampu mengancam," Nocerino memberitahu Sky Sprots Italia.
"Ia bukan keputusan saya untuk memilih pemain.

"Pada masa ini, saya suka menyaksikan mereka dalam pasukan antarabangsa."
Milan akan bertemu Pescara dalam perlawanan Serie A seterusnya sementara Balotelli dijangka akan dikecualikan dalam pertemuan bersama Newcastle.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger