1News Online:
Home » , , » Pep berang dengan Blues

Pep berang dengan Blues

Wednesday, December 5, 2012 | 5:43 PM

Bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola dilaporkan berang dengan Chelsea.

Perasaan sayang pemilik Chelsea, Roman Abramovich terhadap Guardiola bukan sebuah rahsia dalam dunia bola sepak setelah pemilik Russia itu bertekad untuk mendapat perkhidmatan pengurus itu yang pernah mendidik Barcelona untuk mencapai kejayaan.

Setelah mengakhiri kerjaya di Camp Nou pada musim lalu, pengurus Sepanyol itu dijangka akan kembali ke bola sepak awal kempen akan datang dan ia tidak menghalang Abramovich dari menawarkan kontrak sebegai ketua pengurus di kelab beberapa kali.

Bekas pemain tengah Barcelona itu ditawar untuk kali pertama dari pegawai Chelsea setelah Blues memenangi Liga Juara-Juara apabila pemilik itu enggan memberikan tempat itu kepada Roberto Di Matteo. Sebelum memecat pengurus Itali itu bulan lalu, Abramovich telah cuba nasib untuk memikat Guardiola sekali lagi hanya untuk ditolak.

Sumber terdekat dengan pengurus yang berusia 41 tahun itu telah mendedahkan kepada the Sun baru-baru ini bahawa Guardiola lebih suka mengambil alih tempat Sir Alex Ferguson di Manchester United. Manchester City turut mengintai beliau sekiranya Roberto Mancini gagal meraih sebarang trofi pada musim ini.

Dakwaan sebegini telah meninggalkan Abramovich terdesak untuk mendapat jawapan dari bekas Pengurus Terbaik Dunia FIFA tentang tawaran itu.

Walaubagaimanapun, the Sun telah melaporkan bahawa wakil Guardiola telah menghubungi pemilik Blues untuk menghentikan kelakuan beliau. Guardiola dikatakan berang dengan tawaran berturut-turut oleh Chelsea setelah ia meletakkan tekanan ke atas beliau untuk kembali mengurus walaupun ingin menikmati masa rehat.

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger