1News Online:
Home » , , » Persie boleh terbunuh

Persie boleh terbunuh

Tuesday, December 25, 2012 | 1:16 PM



SWANSEA - Boss Manchester United Alex Ferguson menegaskan, Robin van Persie mungkin boleh terbunuh ketika bola mengenai belakang kepala penyerang Belanda itu pada perlawanan menentang Swansea kelmarin, yang berkesudahan seri 1-1.

Insiden pada minit ke-75 itu berlaku ketika van Persie dijatuhkan dan dalam masa yang sama pertahanan Swansea, Ashley Williams menyepak untuk mengeluarkan bola dari dalam kotak hingga menyebabkan bola terkena kepala penyerang United itu.

Kejadian itu menyebabkan berlaku ketegangan di antara van Persie dan William hingga kedua-dua pemain berkenaan dilayangkan kad kuning.

Ferguson mendakwa tindakan Williams itu boleh membunuh pemainnya dan berharap Persatuan Bola Sepak (FA) England mengambil tindakan.

Pada perlawanan kelmarin, United terlebih dahulu mendapatkan jaringan melalui tandukan Patrice Evra pada minit ke-16 selepas mendapat hantaran sudut daripada van Persie.

Gol penyamaan Swansea hadir menerusi Michu.

"Van Persie mungkin boleh terbunuh. FA wajar mengambil tindakan. Tanpa menghiraukan kad kuning yang diterima oleh Williams, pemain itu sepatutnya digantung kerana tindakannya amat berbahaya.

"Tindakan itu memang disengajakan dan dia sepatutnya digantung untuk tempoh yang panjang," kata Ferguson.

Sementara itu, Ferguson turut memberitahu dia tidak gembira dengan prestasi Wayne Rooney sebelum mengeluarkan pemain itu pada minit ke-78.

"Dia tidak bermain dengan baik. Amat sukar untuk dipercayai apabila kami gagal mendapatkan kemenangan pada perlawanan ini.

"Pada separuh masa kedua kami menunjukkan tahap permainan yang menarik. Kami juga terlepas dua atau tiga peluang untuk mendapatkan jaringan.

"Saya tidak mahu mengkritik tentang prestasi keseluruhan pasukan kerana kami bermain dengan baik," kata Ferguson. - AFP
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 1 comments

December 26, 2012 at 1:11 AM

Nice Info ^_^
I'm now your follower :D
Kalo berkenan kunjungan balik & follow back ya di
Blogging Tips and Trick
Salam Blogging ^_^

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger