1News Online:
Home » , » Pesawat Masa Hadapan

Pesawat Masa Hadapan

Tuesday, December 18, 2012 | 12:01 AM



Sebuah pesawat Jetstream BAE Systems yang dikenali sebagai medan ujian terbang yang boleh dipandu seperti sebuah UAV (pesawat udara tanpa juruterbang), baru-baru ini menjalani satu siri ujian penerbangan.

Program tersebut merupakan sebahagian persiapan bagi penerbangan UAV di ruang udara di United Kingdom (UK) lewat tahun ini.

Pesawat tersebut akan terbang menggunakan Peraturan Penerbangan Instrumen di bawah kawalan lalu lintas udara.

Sebagai persediaan, ujian yang dijalankan sebelum ini merangkumi fungsi laluan mengelakkan cuaca berasaskan penglihatan.

Ujian tersebut mula menunjukkan kepada pihak berkuasa kawal selia seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam dan penyedia perkhidmatan kawalan lalu lintas mengenai kemajuan yang dicapai dalam penggunaan UAV secara selamat di ruang udara UK.

Teknologi baru tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian inovasi yang dibawakan bersama sebagai program industri pimpinan UK yang dikenali sebagai Astraea (Kajian dan Penilaian di Udara Berkaitan Teknologi Sistem Autonomi).

Astraea merupakan konsortium diterajui oleh industri UK yang memberi tumpuan terhadap teknologi, sistem, kemudahan, prosedur dan peraturan yang membenarkan kenderaan pesawat autonomi dikendalikan dengan selamat dan secara rutin di ruang udara awam di UK.


Pengarah Kejuruteraan BAE Systems, Lambert Dopping-Hepenstal berkata, penggunaan UAV membolehkan sistem autonomi prototaip dibangunkan oleh pasukan Astrea untuk menilai keselamatan di udara.

BAE Systems, merupakan pihak yang bertanggungjawab terhadap program Astraea.

"Medan ujian Penerbangan Jetstream BAE Systems telah dirangka sebagai UAV pengganti juruterbang pesawat boleh melepaskan kawalan dan menyerahkan kawalan kepada sistem pesawat yang dibangunkan oleh pasukan ASTRAEA.

"Rak komputer dan sistem kawalan di belakang pesawat bermakna ia boleh terbang seolah-olah sebuah UAV tanpa input daripada juruterbang,'' katanya.

Beliau seterusnya berkata, sistem Astraea mampu mencegah perlanggaran di udara dengan pesawat lain menggunakan sistem'kesan dan elak', mengesan dan mengelakkan keadaan cuaca buruk dan menyampaikan arahan kawalan lalu lintas udara kepada juruterbang jarak jauh menerusi satelit kepada stesen kawalan darat.

Sistem mengelakkan cuaca akan menggunakan teknik pemprosesan imej canggih untuk mengesan dan mengelakkan awan dan merupakan hanya salah satu daripada keupayaan baru yang diuji pada Jetstream.

Dari sekarang sehingga musim sejuk, sistem Astraea pada Jetstream akan diuji sekurang-kurangnya melalui 20 penerbangan merentasi Laut Ireland, dan melalui ruang udara UK.


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger