1News Online:
Home » , , » Petit Takut Tidak Ada Pemain yang Mahu ke Arsenal

Petit Takut Tidak Ada Pemain yang Mahu ke Arsenal

Saturday, December 15, 2012 | 12:57 PM


Pemain lagenda berasal dari Francis yang pernah bermain selama enam tahun di Premier League, Emmanuel Petit, cukup prihatin dengan krisis gelaran yang dialami bekas pasukannya, Arsenal. Dia  bimbang perkara tersebut dapat membuatkan pemain lain enggan untuk datang bermain di Emirates Stadium.

Arsenal tidak memenangi gelaran selama tujuh tahun. Kali terakhir mereka mendapat trofi ketika memenangi Piala FA pada 2005.

Menurut Emmanuel Petit, ketiadaan gelaran yang dialami The Gunners dapat menyusahkan mereka dalam membawa pemain pada jendela perpindahan Januari akan datang.

"Walaupun Arsenal memiliki wang, siapa yang mahu bersama dengan kelab sekarang? Itulah yang menjadi kebimbangan masa ini," kata bekas pemian tengah Barcelona itu seperti diberitakan The Sun.

"Tidak memenangi gelaran selama tujuh tahun memberikan kesan bahawa Arsenal adalah kelab yang tidak boleh memenangi piala. Pada akhir musim, pemain terbaik mereka akan pergi," sambungnya.

Meskipun The Gunners teperosok ke tangga bawahan, Petit tetap menaruh kepercayaan kepada pengurus, Arsene Wenger. Dia yakin lelaki dengan gelaran The Professor itu mampu membangkitkan pretasi pasukan.

"Saya masih yakin Wenger adalah orang yang tepat untuk pekerjaan itu. Selama 15 tahun terakhir dia telah menjadi ahli dalam masalah pembangun pasukan," kata Petit.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger