1News Online:
Home » , , » PFA kaji sedia jaring setelah Pemain Mu Di serang

PFA kaji sedia jaring setelah Pemain Mu Di serang

Tuesday, December 11, 2012 | 10:20 AM


KETUA Eksekutif Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA),  Gordon Taylor mengesyorkan penyedian jaring di sekitar padang bagi melindungi pemain-pemain ketika beraksi.

"Saya fikir perkara ini perlu dipertimbangkan seperti mana yang telah dicadangkan kerana ia penting bagi melindungi pemain.

"Ia mungkin kaedah terbaik dan boleh menghindarkan perkata sebegini berlaku," kata Taylor.

Beliau berkata demikian selepas insiden yang berlaku ke atas pemain Manchester United (MU), Rio Ferdinand yang  dibaling duit syiling dari arah tempat duduk penonton ketika kelabnya menewaskan Manchester City 3-2 kelmarin.

Ahad lepas, Ferdinand mengalamai kecederaan di mata kirinya selepas terkena objek yang dibaling dari tempat duduk penonton.

Dalam kejadian yang sama pada bulan Oktober, penjaga gol Sheffield Wednesday, Chris Kirkland turut diserang oleh peminat yang berlari ke padang semasa perlawanan berakhir menentang Leeds United di Hillsborough.

Kirkland, 31, memerlukan rawatan setelah dia telah dipukul di muka selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Bagaimanapun idea yang dicadangkan oleh Taylor kurang dipersetujui oleh beberapa pihak. Antaranya ialah pereka stadium, Paul Fletcher yang merasakan cadangan untuk menyediakan jaring di padang adalah mustahil.

Jelasnya, untuk menghalang insiden membaling syiling, mereka perlu mencari jaring yang terlalu halus dan itu sangat mustahil untuk dilakukan.

"Untuk menghentikan balingan syiling ke arah padang perlu mencari jaringan yang terlalu halus.

"Masalahnya sekarang, saya sendiri tidak pernah melihat jaring sebegitu," ujarnya.

Tambah Fletcher: "Dalam stadium sebenarnya telah disediakan jaring, tetapi itu adalah untuk menghentikan objek yang lebih besar."

"Secara jujurnya saya katakan sukar untuk mencari jaring yang halus dan kecil," kata beliau.

Bagaimanapun Pengerusi Persekutuan Penyokong Bola Sepak, Malcolm Clarke pula berkata, langkah itu bukan penyelesaian baik.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger