Inilah Pilot Wanita Cantik Yang Pertama Di Malaysia -
Captain Norashikin Onn rasmi telah mendapat lesen sebagai juruterbang.
Norashikin merupakan juruterbang wanita pertama di Malaysia.
Pilot Pengangkutan AirAsia ini baru saja mendapat gelaran
Anugerah Kesatria Puteri dari kerajaan Malaysia.
“Saya sangat senang kerajaan memberikan banyak perhatian
kepada pencapaian wanita,” jelas Norashikin seperti dipetik The Star, Isnin
(26/11/2012).
Wanita berusia 44 tahun ini juga menjadi yang pertama
sebagai Flight Commander di AirAsia. Ia juga yang mencatatkan sejarah sebagai
wanita pertama yang mengendalikan pesawat berbadan lebar untuk penerbangan
komersial di Malaysia.
Ia memberi mesej kepada semua wanita di dunia. Apa yang
di-impikan boleh diraih dengan usaha dan jerih payah.
“Tidak ada yang tidak mungkin. Reach for the skies,”
tuturnya.
AirAsia sendiri merupakan syarikat penerbangan kos penjimat
dan terbesar di Asia. AirAsia mempunyai rangkaian laluan luas iaitu lebih
daripada 100 laluan yang meliputi destinasi-destinasi di Asia dan Australia.
Dalam kurun waktu 10 tahun beroperasi, AirAsia telah
menerbangkan lebih daripada 140 juta penumpang dan menambah jumlah armadanya
dari hanya dua pesawat hingga menjadi lebih dari 100 pesawat
+ comments + 3 comments
Lihat Disini Puteri Umno Kontoi?
Wahh.. Not bad la.. Janji kerja masyukk kan.. Gud jobs ! Regards from Boyz_ed at www.boyz-ed.com
mahal ni gaji
Post a Comment