1News Online:
Home » , , » Rafa Benitez Tetap Di Cemuh Peminat di Jepun

Rafa Benitez Tetap Di Cemuh Peminat di Jepun

Friday, December 14, 2012 | 11:50 AM

Pengurus Chelsea, Rafa Benitez, bukan sahaja mendapat ejekan di Inggris. Semasa membawa pasukannya ke Jepun pun, dia tetap menjadi bahan cemohan para peminat di Jepun.

Chelsea sekarang berada di Yokohama untuk Piala Dunia Kelab. Pada Kamis semalam, mereka memasuki semifinal menentang Monterrey.

Pada perlawanan tersebut, Daily Mail melaporkan bahawa sekitar 900 peminat The Blues di  stadium meneriakkan kata-kata "kami tidak menginginkan anda di sini" ke arah Rafa Benitez. Mereka juga menyanyikan lagu yang memuja bekas pengurus, Roberto Di Matteo.

Meskipun mendapat sambutan kurang yang baik, Benitez tidak menghiraukannya. Chelsea akhirnya  memenangi pertandingan dengan keputusan 3-1 dan berhak menentang Corinthias di pentas final.

Sejak dilantik sebagai pengurus Chelsea pada November lalu, Benitez mendapat bantahan keras dari peminat sendiri. Sebab, semasa melatih Liverpool, dia pernah mengatakan bahawa dirinya tidak akan  menjadi pengurus di Stamford Bridge.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger