1News Online:
Home » , » Redknapp bidas pemain bergaji besar

Redknapp bidas pemain bergaji besar

Monday, December 24, 2012 | 11:01 AM

LONDON - Pengurus Queens Park Rangers (QPR), Harry Redknapp mengkritik bayaran terlalu tinggi yang diterima sesetengah pemain dalam kelab tersebut selepas melihat kekalahan anak-anak buahnya 0-1 kepada Newcastle United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

"Ada banyak pemain dalam kelab ini yang menerima bayaran terlalu tinggi untuk tanggungjawab mereka tetapi apa mereka telah berikan kepada kelab," kata Redknapp.

Redknapp yang menyertai kelab barat London itu pada bulan lalu menggantikan Mark Hughes berkata, dia amat bimbang dengan perbelanjaan tinggi pada perpindahan Januari nanti.

"Saya tidak mahu berbelanja dengan duit kelab ini dan saya juga tidak mahu pemilik kelab ini mengalami nasib pada musim lalu.

"Di luar sana ada begitu banyak ejen yang mahu membuat banyak duit," kata Redknapp.

Ahli perniagaan dari Malaysia, Tony Fernandes telah mengeluarkan belanja yang amat besar untuk kelab itu termasuk membeli pemain berprofil tinggi seperti Jose Bosingwa, Shaun Wright-Phillips, Bobby Zamora dan Park Ji-Sung.

Malah, Redknapp mungkin tidak mahu berbelanja besar pada perpindahan Januari depan kerana hanya beberapa pemain sahaja yang akan meninggalkan kelab itu. - Reuters
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger