
Ferdinand telah mengalami luka di muka beliau akibat syiling
itu setelah United menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan pada malam Ahad
itu.
City dibolos dua kali sebelum menyamakan kedudukan tetapi
tendangan percuma Robin van Persie telah memastikan kemenangan untuk United.
Sir Alex Ferguson telah memberitahu Sky Sports: "Ia
amat mengecewakan kerana seorang peminat City telah turun ke padang dan cuba
menyerang pemain kami, malah mereka telah melontar syiling ke arah
mereka."
"Perkara yang sama telah berlaku di Chelsea tetapi ia
tidak dibesar-besarkan.
Menurut akaun Twitter pihak Polis Manchester (GMP), mereka
telah tangkap seorang penyokong di luar stadium pada jam 2:00 petang akibat
disyaki menjual tiket haram.
Walaubagaimanapun apabila ditanya, GMP telah mengumumkan
yang seorang lagi telah ditangkap akibat cuba mencetuskan pertelingkahan.
Setelah Ferdinand terkena syiling itu, seorang peminat City
telah turun ke padang dan cuba menyerang beliau tetapi penjaga Joe Hart telah
mempertahankan pemain lawannya itu.
Ferdinand kelihatan telah memberi duit syiling itu kepada
pengadil Martin Atkinson selepas wisel penamat.
"Keputusan yang baik dengan tiga mata! Lontaran peminat
itu tepat pada sasaran! Tetapi sayang, ia hanya 2 sen... saya jangka
sekurang-kurangnya £1!" kata Ferdinand di akaun Twitter beliau.
Post a Comment