1News Online:
Home » » Rob Kardashian Dakwa Rita Ora Curang

Rob Kardashian Dakwa Rita Ora Curang

Tuesday, December 4, 2012 | 11:36 PM


BINTANG realiti iaitu Rob Kardashian mendakwa bekas kekasihnya, penyanyi Rita Ora telah berlaku curang sepanjang mereka menjalinkan hubungan cinta.

Daily Mail melaporkan Rob yang juga adik kepada Kim Kardashian mendedahkan Rita telah menjalinkan hubungan sulit bersama 20 orang lelaki sepanjang mereka bercinta.

"Saya tidak faham bagaimana seorang wanita yang sibuk dengan kerjayanya boleh mempunyai masa untuk berlaku curang terhadap kekasihnya," tulis Rob menerusi laman Twitter.

Bagaimanapun Rob telah memadam status berkenaan selepas 30 minit ia dimuat naik.


Dalam pada itu, jurucakap kepada Rita bagaimanapun memberitahu penyanyi itu masih belum bersedia untuk membuat kenyataan mengenai komen bekas kekasihnya itu.

Pasangan itu sebelum ini memberitahu tidak dapat meneruskan hubungan cinta mereka kerana perbezaan demografi iaitu Rob di Los Angeles dan Rita di London yang menyukarkan untuk mereka bertemu.

Pasangan itu berkenalan pada bulan Mei lalu dan hanya mengakui bercinta pada Oktober.



Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger