1News Online:
Home » , , » Rodgers gembira dengan kemenangan

Rodgers gembira dengan kemenangan

Friday, December 7, 2012 | 3:47 PM

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers yakin bahawa pasukan semakin meningkat setelah menjaminkan tempat antara 32 pasukan teratas dalam Liga Eropah.

Jaringan gol oleh Jordan Henderson dalam babak pertama menentang Udinese yang telah beraksi dengan hanya sepuluh pemain, terbukti cukup untuk pasukan Reds mengambil tempat utama dalam Kumpulan A.

Mereka bernasib baik setelah pemain gantian Antonio di Natale gagal untuk menyamakan kedudukan dan tidak mampu menyingkir pasukan Merseysiders itu setelah Young Boys menang 3-1 mengatasi Anzhi di padang sendiri.

Kini, Rodgers akan menumpukan perhatian untuk meningkatkan prestasi liga pasukan dalam beberapa bulan akan datang.

"Kami menang dan ia tampil hebat pada masa depan," Rodgers berkata. "Kami telah meletakkan dua objektif pada peringkat in, yang juga merupakan perlawanan ke sepuluh dalam pertandingan.

"Pertama, kami ingin melayakkan diri dan kedua, kami ingin memberikan peluang kepada pemain muda untuk mendapat pengalaman. Kami telah melakukan kededua objektif.

"Pada akhir perlawanan, apabila anda hanya mempunyai sepuluh pemain di atas padang, saya merasakan bahawa kami lebih menyerlah - menguasai perlawanan dan mengawal bola - terutama dengan pemain muda di bek.

"Ia seperti sebuah pelajaran bagi pemain muda untuk lebih memperbaiki.

"Kami telah menjangkakan kesengitan permainan dan anda dapat merujuk pada akhir keputusan. (Liverpool, Anzhi dan Young Boys seimbang dengan pungutan 10 mata), tetapi saya tetap menyakinkan pemain pasukan bahawa kami mampu berakhir di tempat utama."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger