1News Online:
Home » , , » Rodgers Inginkan Pemain Baru pada Januari

Rodgers Inginkan Pemain Baru pada Januari

Monday, December 17, 2012 | 10:29 AM


Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, menyatakan bahawa dia ingin kelab membeli pemain baru pada pada perpindahan Januari 2013. Perkara itu perlu dilakukan agar The Reds dapat berada di posisi empat teratas Premier League 2012/13.

Sebelum perlawanan menentang Aston Villa,  Brendan Rodgers mengatakan Liverpool akan berakhir di posisi dua teratas carta Premier League. Namun, setelah perlawanan yang berakhir kemenangan Villa 3-1 itu, Rodger menyatakan bahawa The Reds mesti melakukan sesuatu untuk skuad pada perpindahan Januari 2013, jika mereka ingin bermain di Liga Juar-Juara 2013/14.

"Kekalahan itu tentu mengecewakan kerana kami sudah hampir berada di empat teratas liga," kata Rodgers kepada Soccerway.

"Perkara itu menjadi pelik kerana kami telah berbicara pada sepanjang minggu lalu bahawa kami dapat berada di empat teratas. Namun, kekalahan itu membuat kami tahu bahawa masih ada jalan yang panjang yang harus dilalui."

"Kami mesti konsisten dan itu akan menjadi suatu langkah untuk maju. Kami harus belajar dari kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan."

"Kami telah melakukan penilaian pada enam bulan pertama. Kami memerlukan tambahan kekuatan dalam skuad. Kami berharap dapat membawa pemain baru pada Januari nanti."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger