1News Online:
Home » , , » Rodgers: Kritikan telah menaikkan semangat pasukan

Rodgers: Kritikan telah menaikkan semangat pasukan

Saturday, December 15, 2012 | 8:05 PM

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers merasakan kritikan terhadap para pemainnya telah bantu mereka dan beliau kini sasar tempat kedua di liga.

Prestasi Liverpool semakin meningkat selepas permulaan yang mengecewakan di liga musim ini dan mereka kini hanya empat mata di belakang pasukan di tangga keempat, Everton.

Tetapi selepas melihat para pemainnya dikritik ramai, Rodgers merasakan pasukannya mampu sasar lebih daripada hanya melayakkan diri untuk Liga Juara-Juara musim depan.
"Mereka telah dikritik ramai musim ini," kata Rodgers.

"Apabila anda bermain untuk sebuah kelab seperti Liverpool, memang biasa untuk dikritik ramai.
"Tetapi saya sentiasa tenang kerana fokus dan tumpuan mereka sangat hebat. Kami sentiasa berjuang untuk menang. Kami tahu ramai yang akan mengkritik kami apabila kami gagal untuk memenangi sebuah perlawanan dan kami masih mahu terus meningkatkan lagi prestasi kami.

"Anda dapat lihat dalam persembahan mereka bahawa kritikan itu tidak menjejas mereka, malah ia telah bantu mereka untuk terus bekerja lebih keras.

"Semua orang mempunyai pendapat mereka sendiri tentang Liverpool dan saya memahaminya kerana prestasi yang telah ditetapkan oleh kelab ini dengan kejayaan pada tahun 70-an dan 80-an.

"Tetapi saya rasa tidak adil orang ramai mengkritik kami kerana kami kini hanya empat mata di belakang Everton. Kami hanya 11 mata di belakang pasukan di tempat kedua jadi kami perlu konsisten untuk teruskan prestasi yang baik ini."

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger