Pemain muda Liverpool, Suso telah menyamakan cara jurulatih
Brendan Rodgers seperti jurulatih di Sepanyol.
Suso telah mendapat tempat dalam kesebelasan utama di bawah
Rodgers selepas menyertai kelab pada 2010 dan telah membuat penampilan dalam 12
perlawanan pasukan utama musim ini.
Pemain berusia 19 tahun itu, yang baru menyambung kontrak
dengan Liverpool mendedahkan gaya latihan Rodgers.
"Beliau memberi perhatian kepada semua butiran. Jika
pasukan membuat silap dalam perlawanan atau beliau merasakan terdapat kesilapan
takti, beliau akan cuba perbaikinya dengan menjalankan aksi itu di sesi
latihan," kata Suso.
"Dengan cara ini, kami tidak akan membuat kesilapan
yang sama lagi. Beliau seperti jurulatih Sepanyol.
"Beliau memastikan para pemain mendapat bola hampir
pada setiap masa dalam sesi latihan. Ini satu tip yang baik untuk semua orang -
jika akan sentiasa memegang bola, kawalan anda akan bertambah baik.
"Ini satu cara yang anda tidak kaitkan dengan gaya
latihan bola sepak Inggeris."
Post a Comment