1News Online:
Home » , , » Rodgers yakin dengan peningkatan Liverpool

Rodgers yakin dengan peningkatan Liverpool

Friday, December 14, 2012 | 11:14 AM

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers lega dengan peningkatan Reds setakat ini setelah melalui salah satu penampilan musim paling lemah dalam liga.

Liverpool telah melalui salah satu penampilan musim yang paling lemah setelah beberapa perlawanan pertama menentang Arsenal, Manchester City dan Manchester United.
Ia telah mengambil sedikit masa untuk pasukan bangkit semula namun mereka bakal melalui perlawanan pada hujung minggu dengan jarak hanya empat mata di belakang tempat ke empat.

Kemenangan pada hari Ahad di West Ham adalah kali pertama dalam lebih kurang setahun di mana Liverpool telah menang berturut-turut dalam permainan liga dan telah melayakkan diri ke tempat 32 teratas dalam liga Eropah.

"Anda selalu berjuang untuk mendapat lebih kejayaan dan lebih meningkat tetapi saya di sini, yang telah melalui enam bulan yang lalu, mengakui bahawa saya gembira dengan peningkatan pasukan setakat ini," pengurus Utara Ireland itu yang telah menggantikan Kenny Dalglish pada bulan Jun, berkata.

"Kami masih mempunyai perjalanan yang jauh tetapi saya berpuas hari dengan peningkatan kami.
"Liverpool telah melalui penampilan musim yang tidak memuaskan tetapi sekarang, kami berada jarak empat mata dari tempat ke empat dan jika kami bernasib baik, kami mampu mendapat tempat itu.

"Saya mengharapkan bahawa kami mampu lebih memperbaiki.

"Saya ingin mengakhiri tahun ini dengan baik.

"Jika kami berjaya masuk tempat empat teratas sebelum bulan Januari, ia akan meningkatkan keyakinan pasukan dan memberikan mereka peluang untuk mencapai kejayaan."

Liverpool turut mempunyai beberapa berita baik setelah penjaga gawang Brad Jones menandangani kontrak baru diikuti pemain seperti Luis Suarez, Martin Skrtel, Daniel Agger dan Jonjo Shelvey yang telah menerima kontrak lanjutan sejak kehadiran Rodgers pada musim panas.

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger