1News Online:
Home » , , » Rooney Pemain Terbaik Premier League 2012

Rooney Pemain Terbaik Premier League 2012

Friday, December 14, 2012 | 12:06 PM


Undian yang dilakukan Barclays Global Fan memperlihatkan bahawa Wayne Rooney merupakan penyerang yang paling unggul di Premier League. Keputusan tersebut mengalahkan penyerang dengan perpindahan termahal, Fernando Torres. Sementara itu Ryan Giggs  di anugerah sebagai pemain terbaik sepanjang masa.

Wayne Rooney terpilih sebagai penyerang terbaik Premier League 2012 dia atas undian yang dilakukan Barclays Global Fan Survey. Sebanyak 30.000 peminat memberikan undian mereka untuk Rooney.

"Sangat hebat rasanya mendapat perhatian peminat dalam 'survey'. Saya mendapat undian dari peminat di seluruh dunia menjadikan saya, betapa popularnya Premier League di luar Inggris," kata Rooney hasil dari undian tersebut.

Pada posisi penyerang, Rooney mendapat mata 20 peratus, diikuti Robin van Persie dengan 14 peratus, dan Steven Gerrard 10 peratus. Sementara itu Giggs meraih pemain terbaik sepanjang masa diikuti bekas bintang Arsenal, Thierry Hnery dengan mata 12 peratus, dan Gerrard dengan 10 peratus.

Untuk pemain muda yang akan bersinar lima tahun akan datang ialah Alex Oxlade-Chamberlain dengan mata 17 peratus, disusuli Jack Wilshere 12 peratus, dan Tom Cleverly 8 peratus.

Premier League muncul sebagai liga yang paling popular di ikuti Champion League dengan 90 peratus pemilih dan La Liga 48 peratus. Responden memilih liga paling popular ialah Liga Premier League dengan alasan gaya permainan, atmosfera, bakat para pemainnya, dan daya saing.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger