1News Online:
Home » , , » Rooney sedia baham City

Rooney sedia baham City

Thursday, December 6, 2012 | 6:23 PM

Sir Alex Ferguson yakin bahawa Wayne Rooney sudah bersedia untuk perlawanan derbi Manchester pada Ahad ini.

Rooney merupakan salah satu pemain yang telah mengekalkan tempat dalam kesebelasan pasukan sejak kemenangan pada hujung minggu lalu di Reading apabila Manchester United mengakhiri peringkat berkumpulan Liga Juara-Juara dengan kekalahan 1-0 kepada CFR Cluj di Old Trafford, satu-satunya gol dalam permainan oleh Luis Alberto awal masuk babak kedua.

Namun, pemain yang berusia 27 tahun itu bukan dihukum.

Ferguson merasakan bahawa ia adalah cara yang tepat untuk Rooney memeriksa tahap kecergasan beliau setelah dikecualikan akibat tonsillitis sebelum itu.

"Kami mengharapkan bahawa Rooney akan tampil sihat dan mantap pada hari Ahad," Ferguson berkata.

"Beliau masih dalam proses pemulihan dan Ahad akan menguji kecergasan beliau."

Dengan Phil Jones dan Chris Smalling yang telah mengakhiri perlawanan tanpa kecederaan, Ferguson mendedahkan bahawa beliau berpuas hari dengan perlawanan malam itu walaupun pasukan telah melalui kekalahan ke tiga dalam lima perlawanan Eropah di padang sendiri.

Pemain tengah Tom Celverley turut terjejas dalam perlawanan pada hari Ahad nanti di Stadium Etihad setelah tempang keluar padang dengan kecederaan kaki.

"Kami akan memeriksa kaki beliau dan menantikan keputusan. Ia dikatakan bukan berita baik."
Ferguson turut mengesahkan bahawa beliau akan membuat perubahan kepada kesebelasan pasukan apda hari Ahad.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger