1News Online:
Home » , , » Rosicky kembali perkuatkan The Gunners

Rosicky kembali perkuatkan The Gunners

Thursday, December 6, 2012 | 4:04 PM

Pemain Czech, Tomas Tosicky ingin kembali beraksi untuk menyemarakkan semangat Arsenal dalam kempen Liga Perdana Barclays.

Pemain yang berusia 32 tahun itu baru pulih dari kecederaan yang telah meletakkan beliau di bangku simpanan diikuti kecederaan Achilles yang telah menjejaskan tempat beliau semasa saingan Eropa 2012. Beliau telah membawa pasukan ke hadapan dengan gol pembukaan tirai dalam babak pertama di Olympiacos pada malam Selasa.

Rosicky merasakan bahawa Arsenal perlu lebih meningkat dalam segi mengawal bola sementara mereka menyiapkan diri untuk mengatasi West Brom di Stadium Emirates pada hari Sabtu.

"Ia merupakan masa rehat tempoh panjang bagi saya jadi saya mengharapkan dapat meningkat dari itu dan memberikan yang terbaik untuk pasukan," kapten Czech itu berkata.

"Saya mengharapkan dapat membuktikan kebolehan saya dan berjuang untuk mengukuhkan pasukan.
"Saya ingin memberikan sumbangan dalam segi kreatif namun ia tidak akan menjadi mudah bagi saya untuk mengekalkan kecergasan jadi kami akan melihat apa yang akan berlaku nanti.

Rosicky menambah: "Munking saya dapat menenangkan pemain pasukan kerana kami tidak dapat mengawal bola dengan baik kali ini.

"Kami mempunyai beberapa pemain baik dalam pasukan dan apa yang sedang diberikan tidak kecukupan jadi kami semua amat kecewa.

"Anda boleh menerima lebih keyakinan jika anda berlatih dengan baik dan menang perlawanan. Ia akan berterusan."

Rosicky tahu bahawa pasukan Wenger harus memperbaiki jika mereka ingin mengatasi pasukan West Brom yang telah memulakan dengan baik pada musim ini walaupun ditewasan minggu lalu.

Beliau menambah: "Kami akan menyelesaikan masalah ini dan bakal bermain sekali lagi pada hari Sabtu yang juga adalah peluang terbaik untuk kami bangkit semula.

"Sebagai sebauh pasukan, kedudukan tidak begitu memuaskan tetapi kami harus bekerjasama untuk berjuang kerana ia adalah sesuatu yang kami mampu melakukan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger