1News Online:
Home » , » Safee Sali "Sertai Johor karier saya lebih selamat"

Safee Sali "Sertai Johor karier saya lebih selamat"

Thursday, December 6, 2012 | 12:16 AM



PETALING JAYA: Penyerang kebangsaan, Safee Sali berkata keputusannya menyertai skuad Liga Super Johor pada musim depan adalah untuk 'menyelamatkan' kariernya dalam arena bola sepak.

Safee berkata kesungguhan yang ditunjukkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmatnya, juga mendorong beliau memilih menyarung jersi pasukan 'Harimau Selatan' itu.

"Dalam keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk menyelamatkankarier saya. Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat perubahan dalam arena bola sepak negara...saya terima dan hormati cara mereka.

"Saya dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam sainganliga musim depan," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM) di Kelana Jaya, pada Rabu.

Safee kini berada di Wisma FAM bersama skuad kebangsaan dalam persediaanmenghadapi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand disini, Ahad ini dan di Bangkok pada 13 Dis.

Semalam, Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan bahawa pemainkelab Arema Indonesia itu telah menandatangani perjanjian kontrak dengandisaksikan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diWisma FAM.

Kontrak Safee selama setahun bersama Johor adalah berasaskan pinjaman.

Selain Johor, Safee yang bersyukur kerana disenaraikan dalam skuad Liga Super Johor, berkata beberapa pasukan lain turut serius mendapatkan khidmatnya sejak awal tahun ini.

Safee berkata dengan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, skuad Johor akan muncul sebagai pesaing hebat dalam memburu ejuaraan pada saingan Liga Super musim depan.

Selain Safee, pemain lain yang bakal beraksi bersama Johor termasuk ketuapasukan kebangsaan, Safiq Rahim serta pasangan kembar Mohamad Aidil Zafuan danMohamad Zaquan Adha Abdul Radzak dan seorang lagi penyerang negara NorshahrulIdlan Talaha.

Safee berkata beliau akan menyertai latihan bersama pasukan Johor selepas berakhir Piala AFF Suzuki.

Ditanya mengenai kecederaan yang dialaminya menjelang pertemuan menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini, Safee berharap beliau dapat pulih sepenuhnya untuk beraksi pada perlawanan tersebut.

"Saya harap dapat memberi persembahan terbaik untuk perlawanan separuh akhirini...Thailand pasukan yang hebat tetapi saya harap kita dapat catat kemenangansebagai bekalan untuk aksi timbal balik di Bangkok," katanya. BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger