1News Online:
Home » , » Safee Sali sertai Johor musim depan

Safee Sali sertai Johor musim depan

Tuesday, December 4, 2012 | 8:22 PM

Penyerang sensasi Safee Sali sah akan beraksi untuk pasukan Liga Super Malaysia, Johor musim depan.

Selepas mendapatkan bintang-bintang pasukan kebangsaan Malaysia dan dua pemain import bertaraf dunia, Johor kini telah mendapatkan seorang lagi pemain Harimau Malaya, Safee Sali.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Suhairi Hashim hari ini mengesahkan mereka akan mengukuhkan lagi pasukan dengan mendapatkan Safee Sali secara pinjaman untuk satu musim.

Safee Sali turut memberitahu Astro Awani bahawa ini jalan terbaik yang harus dilakukan untuk menyelamatkan kariernya dari terjejas kerana konflik bola sepak di Indonesia.

Selepas menyerlah di Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali telah menyertai pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya selama setahun. Selepas konflik melanda bola sepak Indonesia, dikhabarkan Safee akan menyertai Arema Pelita Indonesia. Walaubagaimanapun, untuk lebih selamat Safee telah memilih Johor.

Tarikh tamat pendaftaran pemain Liga Malaysia adalah pada 6 Disember ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger