1News Online:
Home » » Samsung atasi Nokia telefon pintar terbaik 2012

Samsung atasi Nokia telefon pintar terbaik 2012

Thursday, December 20, 2012 | 5:24 PM



WASHINGTON: Samsung Electronics Co. (Samsung) berjaya memintas kedudukan Nokia Corporation (Nokia) sebagai jenama telefon mudah alih terbaik dunia bagi 2012 dan berjaya mencabar kedudukan Apple Inc (Apple) dalam pasaran telefon pintar, kata firma penyelidikan teknologi, hari ini.

“Ia menunjukkan buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun bahawa syarikat yang berpangkalan di Finland itu tidak berada pada kedudukan teratas perniagaan telefon mudah alih global untuk tahun ini.
“Samsung dijangka menyumbang 29 peratus penghantaran telefon mudah alih di seluruh dunia, ia peningkatan daripada 24 peratus pada 2011,” kata IHS iSuppli sambil menambah jumlah jualan Nokia menurun kepada 24 peratus daripada 30 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut kajian itu, Samsung turut memperluaskan kedudukannya berbanding Apple sebagai pengeluar telefon pintar di seluruh dunia.

Pasaran bagi produk Samsung dijangka meningkat kepada 28 peratus berbanding 20 peratus pada 2011, manakala jualan produk Apple pula meningkat kepada 20 peratus berbanding 19 peratus pada tahun sebelumnya.

"Realiti persaingan bagi pasaran telefon mudah alih pada 2012 adalah hidup dan mati telefon pintar,” kata penganalisis kanan IHS iSuppli, Wayne Lam.

"Telefon pintar menunjukkan segmen paling pesat berkembang dalam pasaran telefon mudah alih dan mencatatkan hampir separuh daripada penghantaran telefon mudah alih pada 2012.
“Kejayaan Samsung dan pergelutan Nokia dalam pasaran telefon mudah alih tahun ini ditentukan sepenuhnya nasib kedua-dua syarikat terbabit dalam segmen telefon pintar,” katanya. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger