Pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, memiliki cara
tersendiri untuk meraikan kemenangan 3-1 ke atas Sunderland pada perlawanan ke-17 Premier League, selepas perlawanan, dia
menggadakan pesta dengan meriah.
Rio Ferdinand mengadakan pesta makan malam di sebuah
restoran Itali bernama Rosso. Tentu dia tidak lupa mengajak rakan-rakannya
di United, termasuk Alexander Buttner.
Robin van Persie menjadi salah satu tetamu di Rosso. Penyerang yang dibeli dari Arsenal itu nampak elegan dengan pemakaiannya
Pada pesta tersebut datang pula Shinji Kagawa. Dia tidak
bermain dalam perlawanan menentang Sunderland sebab masih cedera di lutut.
Kagawa tidak hanya sekadar datang memenuhi undangan Ferdinand. Dia juga memperlihatkan keahliannya dalam menyayikan lagu Gangnam Style yang
sempat dipopularkan oleh Psy. Aksi tersebut membuat pemain United yang lain ketawakannya.
"Kagawa adalah salah satu seorang yang lucu. Dia membuatkan kami ketawa malam tadi dengan lagu yang dinyanyikannya! Klasik!" tulis
Ferdinand di twitter, seperti diberitakan Sportsmail.
Post a Comment