1News Online:
Home » » Shakira Selamat Lahirkan Anak

Shakira Selamat Lahirkan Anak

Saturday, December 29, 2012 | 11:53 PM



PASANGAN selebriti Shakira dan Gerard Pique sekali lagi mengumumkan khabar bahagia apabila mereka mengesahkan dikurniakan seorang anak lelaki.

Menerusi laporan Dailymail, Shakira telah selamat melahirkan anaknya itu pada Khamis lalu dan ia diumumkan menerusi Twitter milik Gerard.


"Anak lelaki kami dah lahir dan kami sangat bahagia! Terima Kasih semua!" kata Gerard di twitter dalam bahasa Sepanyol.

Bagaimanapun pemain bola sepak Sepanyol itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai perihal anaknya itu.

Pada September lalu, Shakira telah mengumumkan kehamilannya yang telah pun mengandung lima bulan dengan memuatkan fotonya di Twitter.

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger