1News Online:
Home » , » Singapura kalahkan Thailand

Singapura kalahkan Thailand

Thursday, December 20, 2012 | 12:12 AM

Singapura telah menewaskan Thailand 3-1 di Stadium Jalan Besar pada malam Rabu dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012.

Pasukan tuan rumah telah membuka tirai melalui tendangan penalti Fahrudin Mustafic pada minit ke 10 apabila Aleksandar Duric dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Piyaphon Buntao.
Pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke 59 apabila Adul Lahsoh menyepak bola dari hantaran Teerasil Dangda.

Walaubagaimanapun pasukan Singa mendapatkan dua gol lagi apabila Khairul Amri mengekalkan kelebihan tiga minit kemudian dan Baihakki Khaizan menjaringkan gol terakhir dalam masa kecederaan.

Singapura kini mempunyai kelebihan dua gol sebelum bertemu Thailand di Bangkok pada 22 Disember dalam perlawanan kedua nanti.

Pasukan tuan rumah telah memulakan perlawanan dengan gerakan serangan dari saat pertama dengan percubaan awal oleh Khairul Amri dan Aleksandar Duric yang tersasar.

Aleksandar Duric kemudian dikasari Piyaphon dalam kotak dan Fahrudin mengambilnya. Walaupun pengadil mengarahkan pemain midfield itu untuk mengambil tendangan penalti sekali lagi akibat kesalahan, Fahrudin menyempurnakan peluang keduanya dengan senang.

Singapura bermain dengan dua pemain midfield yang mempertahankan benteng pertahanan telah menguasai perlawanan dan walaupun Anucha Kitpongsri berjaya melepasi benteng pertahanan Singapura empat minit kemudian, percubaan beliau tersasar.

Babak kedua bermula dengan rentak perlawanan yang sama tetapi kini giliran pasukan Thailand pula untuk menjaringkan gol pada minit ke 59 apabila Adul menyepak masuk hantaran Teerasil dengan senang.

Dua minit kemudian, Aleksandar Duric menghantar bola dari sayap kiri dan Khairul Amri melepaskan rembatan kencang dan sekaligus menjaringkan gol ketiga dalam tiga penampilan di perlawanan peringkat akhir Piala Suzuki dan mengekalkan kelebihan gol.

Thailand cuba bertindak balas dengan gerakan serangan dan menang tendangan percuma. Walaubagaimanapun percubaan Jakkapan Pornsai terkena tiang.

Shaiful Esah kemudian muncul sebagai ancaman utama pasukan tuan rumah dengan beberapa percumaan yang baik dan tendangan sudut beliau dalam masa kecederaan yang menyebabkan gol ketiga pasukan Singa.

Hantaran beliau gagal ditangani benteng pertahanan Thailand dan Baihakki Khaizan berjaya menyepaknya masuk dan mengakhiri saingan pada malam itu.
Perlawanan kedua akan berlangsung pada 22 Disember di Bangkok.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger