1News Online:
Home » » Sneijder Ke Man Uinted atau Tottenham

Sneijder Ke Man Uinted atau Tottenham

Monday, December 31, 2012 | 7:50 AM

MILAN - Tonggak pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder semalam menyatakan dirinya terbuka kepada perpindahan ke Manchester United atau Tottenham.

Sneijder telah 'dibekukan' di San Siro selepas keengganannya menerima potongan gaji sebanyak 1.6 juta pound (RM7.91 juta) dua bulan lalu.

Kesabaran bintang Belanda itu bagaimanapun tidak dapat ditahan lagi dan dia menuntut supaya dibenarkan berhijrah.

Sneijder memberi dua pilihan untuk gergasi Serie A itu, iaitu sama ada untuk membiarkan dia pergi dengan yuran perpindahan rendah atau ditawarkan kontrak lumayan untuk menetap sehingga 2015.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata: "Keadaannya jelas bahawa jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak adalah saya berpindah pada Januari."

Jurulatih Inter, Andrea Stramaccioni telah menyisihkan Sneijder daripada pasukannya.

Sneijder merupakan sasaran utama Alex Ferguson untuk menggantikan Paul Scholes 18 bulan lalu, namun perpindahan impian itu tidak dapat direalisasikan kerana United enggan melayan harga permintaan Inter iaitu 40 juta pound (RM197.83 juta) di samping gaji tahunan 10 juta pound (RM49.46 juta) oleh bekas bintang Real Madrid itu sendiri.

Dengan luahan Sneijder itu, ini merupakan peluang keemasan untuk United mendapatkan khidmat salah seorang pemain tengah terbaik dunia dan jika tidak, Spurs akan cuba menyambar peluang tersebut. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger