1News Online:
Home » , » Solskjaer menganggap City Pasukan 'Adik'

Solskjaer menganggap City Pasukan 'Adik'

Friday, December 7, 2012 | 9:28 PM


PEMAIN lagenda Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, Manchester City diibaratkan sebagai sebuah pasukan 'adik' yang tidak akan mengambil alih tempat 'abangnya'.

City menaruh harapan besar untuk bersaing dengan United yang merupakan juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 19 kali.

Mereka turut mengetepikan jirannya dengan meraih gelaran juara liga musim lalu, namun pertemuan kedua-dua pada Ahad ini menyaksikan United berada di kedudukan teratas liga.

"Apabila kamu berada dalam keadaan kecewa, kamu akan membalas dendam,"jelas Solskjaer.

Solskjaer yang telah menjaringkan 126 gol dalam 366 penampilan bersama United selama 11 tahun berkata: "Ia selalu berlaku apabila kamu menjadi 'abang' dan 'adik' cuba mengambil alih tempat itu.

"Selalu terjadi dalam keluarga besar dan juga kelab - pemain muda cuba mengambil tempat pemain lama dan City pula memasang impian untuk mengambil tempat United.

"Saya tidak fikir mereka mampu melakukannya," katanya.

Tambah Solskjaer, United akan menunjukkan cara yang sebenar ketika pertemuan dengan City, sekaligus membuktikan musim yang baik tahun ini.

"Permulaan yang bagus bagi awal musim ini, walaupun masih belum sempurna, tetapi United selalu mempamerkan peningkatan.

"Seperti sedia maklum, ataupun berdasarkan sejarah, United selalu merangkul kejuaraan dalam keadaan yang penuh dramatik," katanya.

United kini mendahului City dengan kelebihan tiga mata (36 mata) selepas 15 perlawanan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger