1News Online:
Home » , , » Sterling Setuju Sambung Kontrak di Liverpool

Sterling Setuju Sambung Kontrak di Liverpool

Thursday, December 20, 2012 | 10:58 AM



Bintang muda Liverpool, Raheem Sterling, dikhabarkan telah bersetuju dengan tawaran kontrak yang di tawar pengurusan kelab. Pemain berusia 18 tahun itu akan menandatangani kontrak baru lima tahun sebelum Hari Natal.

Proses perbincangan kontrak Raheem Sterling dengan Liverpool menemui jalan buntu berkaitan masalah gaji. Sterling, masa ini menerima dua ribu pound meminta kenaikan gaji hingga 30 ribu pound kerana telah menjadi pemain utama dalam pasukan The Reds dan mendapat panggilan dari pasukan kebangsaan England.

Situasi bertambah pelik kerana dua pemain senior, Joe Cole dan Stewart Downing, menerima gaji sebanyak 100 ribu dan 60 ribu pound seminggu. Padahal, kedua-dua pemain itu jarang diturunkan oleh pengurusan Brendan Rodgers.

Namun, menurut laporan BBC, kedua-dua belah pihak akhirnya mencapai kata sepakat. Sterling telah bertekad untuk terus mengembangkan kariernya bersama Liverpool meskipun banyak menerima tawaran dari kelab lain.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger