1News Online:
Home » , , » Suso menyesal dengan komennya di Twitter

Suso menyesal dengan komennya di Twitter

Wednesday, December 19, 2012 | 11:21 AM

Pemain tengah Liverpool, Suso didenda £10,000 oleh Persatuan Bola Sepak akibat menyifatkan rakan sepasukan Jose Enrique sebagai "gay" di Twitter.

Pemain yang berusia 19 tahun itu telah meletakkan gambar rakan sepasukan Sepanyol, Enrique yang sedang membersihkan gigi dengan komen yang kurang sesuai di akaun Twitter beliau.

Suso kemudian menggantikan komen itu dan menyatakan: "Saya tidak tahu apa untuk dikatakan..."
Persatuan Bola Sepak (FA) telah memberikan hukuman denda dan amaran kepada Suso hari ini, .

Pemain muda itu turut memohon maaf di akaun Twitter dengan mengatakan bahawa komen sebenar hanya ditujukan sebagai jenaka.

"Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan komen terhadap rakan sepasukan, Jose Enrique," beliau menulis.

"Ia hanya ditujukan sebagai sebuah jenaka antara kami berdua. Saya sedar bahawa komen kurang sopan dan saya tidak bertujuan untuk mengasari hati sesiapapun.

"Saya ingin meminta maaf sekali lagi."

Enrique turut menulis di akaun Twitter beliau dan menyifatkan hukuman denda itu sebagai "menakjubkan".

"Ia agak pelik bagi kawan saya, Suso Fernandez untuk menjalani hukuman dari Persatuan Bola Sepak akibat jenaka yang tidak sengaja." beliau berkata.

Kenyataan dari Persatuan Bola Sepak telah menyatakan: "Setelah pendengaran kes yang diadakan semalam (Isnin, 17 Disember 2012), pemain Liverpool Jesus Fernandez Saez (Suso) akan didenda £10,000 dan juga diberikan amaran ke atas sikap beliau pada masa akan datang akibat komen kurang sesuai di akaun Twitter.

Suso kian menjadi seorang pemain penting dalam kesebelasan pasukan Reds dan telah membuat 13 penampilan pada musim ini. Pemain tengah itu telah ke Anfield dari kelab Cadiz pada 2010 dan telah menandangani kontrak tempoh panjang pada bulan Oktober.

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger