Selepas berjaya dalam produk hasil kerjasama dengan Google,
Nexus 7, kini Asus berusaha memperkenalkan tablet Android terbarunya dengan
harga berpatutan.
Dikhabarkan Asus sedang menyiapkan model Asus ME172V selepas
menjalani ujian dari GLBenchmark yang memperlihatkan spesifikasi tablet harga
rendah.
Dari hasil ujian itu memperlihatkan bahawa tablet Asus
terbaru ini hadir dengan sistem operasi Android Jelly Bean 4.1.1. Di bahagian
skrin, ia hadir dengan resolusi 1024 x 552 (kemungkinan 1024 x 600) serta
disokong dengan prosesor 1GHz dan GPU Mali 400.
Belum ada maklumat lain yang diperoleh dari jumlah core
ataupun slot microSD. Namun paling tidak, kemunculan tablet dengan harga murah
ini akan cukup memberikan pilihan kepada pengguna.
Post a Comment